Like this:

GLC OSH Summit

Petaling Jaya: GLC OSH Summit dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad tengahari tadi.

GLC OSH Summit dianjur secara bersama oleh Kementerian Sumber Manusia KESUMA melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKKP dan SD Guthrie Berhad.

Penganjuran GLC OSH Summit 2024 ini merupakan inisiatif kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC bagi mewujudkan kerjasama dan kolaborasi ke arah memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan KKP di kalangan GLC bertambah kukuh dan efektif.

GLC OSH Summit 2024 ini adalah merupakan kali ke 2 dianjurkan dan dirancang supaya menjadi program tahunan.

Sementara itu GLC yang diibaratkan sebagai sayap kanan kerajaan dan merupakan pemacu utama untuk memastikan peningkatan tahap KKP negara melalui pelbagai kaedah bagi menerapkan amalan 'Budaya Pencegahan' di tempat kerja.

Selain itu memperkasakan pengurusan KKP dalam kalangan GLC bukan sahaja dapat menjamin keselamatan dan kesihatan tetapi juga menjadi contoh kepada industri lain.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

Glc Osh Summit 01
Glc Osh Summit 02
Glc Osh Summit 03
Glc Osh Summit 04
Glc Osh Summit 05
Glc Osh Summit 06

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading