Like this:

Jerat Longkai di RnR

“JERAT LONGKAI" DI RNR : BURU PELAKU SAMPAI LUBANG CACING,KENAKAN HUKUMAN BERAT*

AP7 Rescue Team Service terbaca laporan berita yang disiarkan oleh portal Majoriti bertarikh 3 Oktober 2024 yang bertajuk, "Taktik licik sasar pemandu tinggalkan kereta pergi tandas RnR, PLUS kumpul bukti mahu bantu mangsa 'jerat longkai'.

AP7 Rescue Team Service memandang serius ini kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai khususnya pengguna jalan raya, selain mencemar nama baik serta reputasi pengusaha / pemandu trak tunda dan penasihat bagi tuntutan insurans (claim advisor) yang lebih popular dengan nama 'callman' atau 'longkai'.

Justeru kami menggesa orang ramai supaya tampil memberi bukti kepada pihak berkuasa seterusnya dapat mengheret pelaku yang tidak berhati perut ini ke muka pengadilan, sekaligus dihukum dengan hukuman berat yang setimpal.

Dalam masa sama, kami juga berharap pihak-pihak yang berkaitan seperti pengendali kawasan rawat dan rehat (RnR), stesen minyak dan lain-lain yang berkaitan supaya menambah atau meningkatkan aspek keselamatan di premis masing-masing, terutama dalam memastikan kamera litar tertutup (CCTV) beroperasi dengan baik. Ini bukan sahaja dapat membantu siasatan pihak berkuasa, tetapi juga dapat membela keadilan buat mangsa yang terlibat.

AP7 RESCUE TEAM SERVICE

4 OKTOBER 2024

Jerat Longkai Di Rnr

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading