BETO KUSYAIRY “buat badan” demi menjayakan watak sebagai Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dalam filem aksi, Gayung. Beliau telah mendapatkan jurulatih khas bagi memastikan matlamat beliau tercapai.
Selain itu, beliau turut “turun padang" bertemu dengan guru² tua, yang merupakan saudara dan rakan rapat yang mengenali Datuk Meor. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, mengenai karakter legenda mahaguru silat itu.
Nampaknya, Beto memberi komitmen yang sangat tinggi bagi menjayakan watak legenda silat ini. Mudahan beliau akan mampu memberi yang terbaik, apabila membawa watak hebat ini.
Dalam masa yang sama, semoga filem Gayung akan mendapat sambutan luar biasa, daripada penonton filem tanah air nanti....