Like this:

Perjuangan Tambang E-Hailing

Mereka terus berjuang hingga titisan tambang terakhir..

Sekumpulan pemandu ehailing yang berjaya menyerahkan aduan secara terus kepada wakil YB Anthony Loke Siew Fook pada 10.9.24 yang lalu kini merencanakan satu lagi strategi menuntut layanan lebih adil daripada kerajaan kepada pemandu ehailing.

Mereka kini terus aktif mengadakan perjumpaan bagi membincangkan langkah seterusnya kerana serahan aduan yang mereka sampaikan tempohari sepertinya tidak diendahkan..

Diantara rancangan seterusnya termasuklah merealisasikan hasrat salah seorang daripada mereka iaitu En Yassin (tiada dalam gambar) untuk berjalan kaki dari Istana Johor hingga ke Istana Negara.

Walaupun ramai yang mendakwa niat tersebut hanya sekadar gimik namun saudara Yassin terus menyatakan bahawa beliau komited dan tidak akan membatalkan hasrat tersebut selagi pihak kerajaan memandang sepi.

Sementara itu En Zailani yang merupakan jurucakap kepada kumpulan ini membayangkan kemungkinan mereka akan mengadakan sati himpunan pada skala lebih besar selepas ini bagi terus mendesak kerajaan supaya mengambil peduli tuntutan mereka terutama berkaitan dengan perkara-perkara yang menjejaskan pendapatan pemandu seperti tiada ketetapan tambang lantai dan sistem operasi applikasi ehailing yang berat sebelah.

Maaf kepada kumpulan ini kerana saya tidak dapat hadir bersama mereka pada malam tadi dan kepada sesiapa yang berminat menyertai mereka amatlah dialu-alukan.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

Perjuangan Tambang

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading