Ramai yang terkeliru bila timbul konsep tawar-menawar di dalam sebuah syarikat ehailing diperkenalkan.. selepas itu konsep tawar-menawar ini menjadi ikutan oleh beberapa syarikat ehailing lain..
Berbanding kadar tambang teksi bermeter yang telah muktamad tidak boleh tawar-menawar ehailing pula menjadi sebaliknya.
Konsep tawar-menawar ini menjadi perdebatan di kalangan pemandu ehailing samada konsep ini sah atau tidak.. malahan bukan pemandu sahaja yang berbeza pendapat tetapi termasuk juga persatuan berkaitan pemandu ehailing.
Jika bertanya kepada saya pandangan berkenaan konsep tawar-menawar ini saya lebih ke arah bersetuju dengan langkah pihak berkuasa yang membenarkan applikasi ehailing menggunakan kaedah tawar-menawar di dalam sistem applikasi mereka.
Perkara pertama sudah semestinya ini adalah konsep open market yang diperjuangkan oleh sebahagian warga pemandu ehailing melalui persatuan tertentu. Cuma saya menjadi tidak faham mereka yang memperjuangkan open market tetapi menolak konsep tawar-menawar.
Tawar-menawar di dalam applikasi ehailing adalah sah kerana berlaku sebelum kadar tambang dipersetujui oleh kedua-dua pihak melibatkan pemandu dan juga pengguna. Apabila kedua-dua pihak sudah setuju maka applikasi ehailing akan mengunci kadar tambang tersebut dan tidak boleh lagi dirunding selepas itu.
Kami bersetuju seandainya ada gesaan untuk mengkaji kaedah tawar-menawar ini demi kebaikkan semua yang terlibat di dalam pasaran ehailing itu. Namun adalah lebih baik sekiranya tambang lantai dijadikan keutamaan terlebih dahulu.
Kita tunggu tindakan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM yang akan direalisasikan sedikit waktu lag bagi memperbaiki ekosistem ehailing termasuk kadar tambang yang dilihat tidak adil kepada golongan pemandu..
Terima kasih
RA Ehailing.fm