Kenapa orang MELAYU tak pandai berniaga?
Haaa... panas pulak tajuk saya kali ni. Sepanas suhu kat Dubai sekarang ni yang mencecah 40°.
Tapi kan, betul tak? Rata-rata orang Melayu tak pandai berniaga. Di bandingkan dengan bangsa Cina contohnya, majoriti perniagaan2 yang berjaya di Malaysia, bukanlah perniagaan orang Melayu.
Tengok je lah list top 10 Orang terkaya di Malaysia.
Tapi kan, saya ada pendapat. Betul atau salah ni, sekadar pendapat saya je. Dan nak juga tanya pendapat anda...
Kita orang Melayu ni, sejak kecil lagi didedahkan dengan nilai-nilai kemelayuan seperti untuk berdiam, merendah diri, jangan cakap kuat-kuat, sopan santun, malu-malu, jangan cakap besar, hormat menghormati, dan banyak lagi nilai-nilai murni. (bukan nak kata kaum lain tidak diterapkan nilai2 ini... tapi dalam Islam, ia dititik beratkan)
So, bila berniaga, ianya umpama "melawan" nilai-nilai ini.
Sebab berniaga, kita fikir perlu be loud, perlu war-warkan perniagaan kepada orang ramai, perlu tunjuk perniagaan kita hebat, perlu buang perasaan malu, tak boleh pendiam, dan sebagainya.
Yang "melawan" nilai-nilai yang telah diterapkan sejak kecil.
Betul ke?
Betul ke, ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kita dan buatkan kita kurang yakin dalam perniagaan?
Adakah sebab nilai-nilai murni ini membuatkan orang Melayu, kurang menyerlah dalam perniagaan?
Apa pendapat anda?
Macam saya dulu... nak berniaga, tapi nak sebut harga barang saya pun, saya "malu".
Bila orang tanya, "berapa harga ni?"
Saya akan jawab "Alaaa... berapa2 pun boleh..." Segan nak sebut harga! Siapa ada perasaan macam ni.
Maklumlah.. pendiam & pemalu. Antara ciri-ciri ramai orang Melayu. Macam mana eh?
Sebab tu lah saya mulakan perniagaan online dulu. Tak perlu nak jumpa orang, dan tak perlu nak sebut harga. Tulis je kat website!
Kredit: Irfan Khairy