Semalam berlaku satu insiden dimana sebuah kereta Perodua Bezza telah berjaya mengalahkan Honda Civic FC dengan mudah. Sebanyak 28 buah kenderaan Honda Civic FC dari Polis Di Raja Malaysia telah terlibat dalam satu siri kejar mengejar melibatkan sebuah kenderaan Perodua Bezza.
Insiden berlaku sampai ke Putrajaya.
Jadi hari ini. Netizen dalam media sosial telah menjadikan lelucon pada para peminat kereta berjenama Honda (lebih dikenali sebagai Bangsa H).
Ini kerana kereta Perodua Bezza itu cuma sekadar bersesaran 1.0 cc sahaja berbanding dengan kereta Honda Civic FC (bersesaran 1.8 cc).
Sampai ada netizen yang mengatakan bahawa lepas nih adalah lebih baik PDRM menggunakan kereta Perodua Bezza sebagai kenderaan rasmi untuk tugas keselamatan dan rondaan.