Taman Saga Klang, Y.B. Tuan Dr Gunarajah A/L R George hari ini melakukan lawatan mengejut ke kawasan Taman Saga ekoran banjir kilat yang berlaku semalam.
Menurut YB Gunaraj berkata semalam hujan amat lebat dan menyebabkan air naik mendadak akibat longkang tersumbat dan menyebabkan air tidak dapat mengalir ke longkang besar seterusnya dialirkan ke Sg Klang.
YB Gunaraj mahu longkang dinaik taraf kerana infrastruktur berkaitan longkang tidak lagi sesuai.
Walaupun kntraktor KDB menjalankan kerja-kerja dengan berkesan namun jika tiada tanggungjawab bersama oleh penduduk masalah longkang tersumbat tidak akan selesai.
Dalam pemeriksaan yang dijalankan bersama dengan pihak kontraktor mendapati sampah adalah seperti botol plastik, kain, kertas, dan lain-lain.
Sementara itu pihak KDEB Waste Management En Mohd Idris Mohamed Yusof mendakwa sampah adalah 80% berpunca daripada perbuatan manusia manakala 20% lagi adalah disebabkan oleh alam semulajadi seperti daun kering, ranting kayu dan lumpur.