Bilangan mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 1,682 orang setakat jam 8 pagi hari ini. Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, mangsa terdiri daripada 528 keluarga yang ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah.
Di Kerian, seramai 104 mangsa dari 34 keluarga ditempatkan di dua PPS, sementara di Kuala Kangsar, terdapat 720 mangsa dari 255 keluarga di tiga PPS. Di Hilir Perak, 38 mangsa dari 14 keluarga berada di sebuah PPS. Hulu Perak dan Muallim masing-masing merekodkan 224 dan 529 mangsa yang dipindahkan ke dua PPS setiap daerah.
Jumlah mangsa yang direkodkan pada tengah malam tadi adalah seramai 1,605 orang, sebelum meningkat kepada 1,682 orang pagi ini.