Para peniaga di Taman Mesra dan Taman Delima hari ini secara terbuka memohon campurtangan Menteri Besar Selangor dalam isu yang melibatkan mereka dengan MDKj.
Hasrat itu disuarakan dalam satu sidang media bersama dengan wakil dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM (Kak Jan) selepas mereka menyerahkan memorandum kepada wakil MPKj pagi tadi.
Sementara itu para peniaga percaya wujud dalang di belakang tabir yang sengaja mengusik keharmonian para peniaga yang berniaga di kawasan tersebut melebihi 13 tahun dan dalang tersebut mungkin mempunyai agenda sendiri terutama menghampiri pemilihan jawatan sebuah parti politik.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YB Kajang yang telah berusaha membantu para peniaga dan telah menghantar sepucuk surat bagi meminta MPKj menangguhkan proses perobohan gerai.
Desakan supaya Ahli Majlis meletakkan jawatan juga dilaungkan jika tidak mampu untuk menjaga kebajikan peniaga dan rakyat di kawasan masing-masing.