Sejarah terlakar di Malaysia Book Of Records semasa acara pertandingan Mr. Enrich 2024 kali ke 7 yang diadakan di perkarangan Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan.
En Kumar Presiden Kelab Bina Badan Enrich bangga kerana YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan hadir pertama kali ke pertandingan bina badan yang menyaksikan penyertaan melibatkan 572 peserta merupakan satu perkembangan yang menakjubkan di dalam sukan bina badan di Malaysia.
Menarik juga apabila pada kali ini Kategori badan beruniform seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia dipertandingkan.
Sementara itu menurut En Kumar lagi penyertaan kali ini melibatkan 35% adalah terdiri daripada peserta baru.
En Kumar juga yakin apabila YB Hannah Yeoh hadir ke Mr. Enrich 2024 maka ada perubahan di dalam sukan bina badan yang sebelum ini seperti di anak tirikan oleh kerajaan.
Ketika ditanya tentang selama 2 tahun sebagai Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur beliau tetap bersemangat untuk membangunkan sukan bina badan Malaysia.
Kehadiran penonton sekitar 2000 orang memberikan isyarat jelas bahawa sukan bina badan semakin mendapat perhatian di negara kita.