Like this:

Dalang Pemerdagangan Manusia di Myanmar adalah Warga Malaysia

Rupanya rakyat Malaysia sendiri yang menjadi dalang dalam kes pemerdagangan manusia di segitigemas Laos, Myanmar dan Thailand.

Dato Hishamuddin Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation MHO mendedahkan bagaimana Mr Kumar (bukan nama sebenar) berusia 26 tahun dan telah berkahwin diperdaya oleh sindiket yang didalangi oleh warga Malaysia untuk bertugas sebagai scammer.

Mangsa bersama beberapa orang lagi warga Malaysia dijanjikan bertugas di kasino dengan gaji RM5000.00 sebulan.

Mr Kumar menyedari beliau ditipu apabila diarahkan bertugas di hadapan komputer dan diajar bagaimana cara untuk melakukan scam kepada mangsa-mangsa.

Beliau yang enggan menuruti kehendak sindiket itu didenda berdiri selama 16 jam dan kemudian dikurung selama 2 bulan sebelum berjaya diselamatkan.

Dato Hishamuddin berkata rundingan yang mengambil masa 14 hari berjaya dilakukan dengan agak mudah kerana pihaknya mempunyai foto-foto saspek warga Malaysia terlibat.

Menurutnya lagi masih terdapat beberapa orang mangsa yang di dalam senarai pihaknya dan masih diperingkat rundingan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Diselamatkan Mho 01
Diselamatkan Mho 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading