BYD Sealion 7 hadir ke pasaran Malaysia dengan dua varian pilihan iaitu Premium dan Performance.
Premium merupakan varian pacuan dua roda belakang dengan seunit motor elektrik menawarkan kuasa 230kW dan tork 380Nm. Sekali cas penuh, Premium boleh dipandu sejauh 567km.
Performance pula dengan dua motor elektrik menjadikannya versi pacuan semua roda (AWD), menjanjikan kuasa 390kW dan tork 690Nm serta jarak pandu 542km.