GV Ride mengumumkan 1.5 juta tempahan percuma iaitu penambahan setengah juta tempahan berbanding tawaran 1 juta tempahan sebelum ini.
En Kabeer Singh CEO GV Ride mengumumkan demikian sewaktu berucap di Majlis Pelancaran syarikat itu di Sg Long Golf & Country Club petang tadi.
Selain itu GV Ride juga akan menyediakan sistem Q di KLIA dengan menggunakan kaedah token iaitu satu kaedah yang dapat mengelakkan pemandu menunggu berjam-jam bagi mendapatkan tempahan.
Pada majlis itu juga beliau mengumumkan bahawa GV Ride juga sedia menggunakan insuran ehailing secara harian, mingguan dan juga bulanan.
Selain itu GV Ride juga akan memaksimakan keselamatan terhadap pemandu dan juga pengguna dengan mencipta kaedah nombor OTP.
Majlis yang dihadiri oleh Exco Selangor iaitu YB Ng Sze Han bagi Pelaburan, Perdagangan & mobiliti serta beberapa kenamaan lain.