Kalau di UK, pricing dia dalam 26k, maksudnya siapa yang bergaji sekitar 2k kat sana, mungkin mampu beli MG ini dan cash buy dalam masa kurang 5 tahun.
Tapi kat Malaysia, ianya di RM104k. Ni harga untuk orang yang gaji 4k ke atas ajalah. Sebaiknya downpayment besar, taklaa demam bayar monthly.4k kalau duduk rumah parents laa dan takder tanggungan. Nak sedap, sekitar 8k
8k gaji baru selesa pakai kereta 100k, haa macam tulah kiraan yang terbaik.
Baca berita banyak orang muda muflis sebab gaji 1.5k tekan loan melebihi 100k ( dah tentu 9 tahun kan )
Guna EV di Malaysia, sebaiknya dah ada 1 biji kereta ICE yang dah cash di rumah. Demamlah nak pakai 2 kereta hutang. Dan kereta ICE satu lagi boleh guna untuk long range balik kampung. EV ini khas untuk short range pergi kerja aja dan paling sesuai duduk rumah teres. Layan charging kat rumah aja. Macam kita cas henpon setiap hari.
Ada follower saya seorang heavy EV user, dia kata bill rumah tambah RM200 aja ( bil TNB ) . Tiada lagi nak keluar RM200/300 setiap 10k km ( saya owner Ativa follow warranti , jadi kenalah servis setiap 10k km ). Dan dia cuma bawak pi kerja dan cas di rumah.
Grup wasap saya masih gila JDM, dah tua pun mereka masih melayan JDM ha ha. Say no to elektrik
Takperlah, biar yang muda dan berkemampuan pakai EV dan bila ramai dah pakai, kos pengeluaran jadi murahlah ( saya target in 20 years )
Ok brand MG ni asal UK, tapi SAIC dok beli. SAiC Motor ni ibarat Proton lah di China. Dimiliki oleh kerajaan China.
Mereka, rebrand balik MG supaya jadi EV mampu milik. Ye, targetnya di eropah, bersaing dengan VW ID3 tapi saiz macam Honda City aja.
Bila sebut mampu milik, MG4 SE lah paling murah di Malaysia.
- RWD
- 520km range
- tiada single paddle feature
Single paddle ni semua EV jenis mahal memang ada, malah Nissan E Power pun ada, tapi ditiadakan pulak untuk MG4 SE. Ianya ibarat throttle dan brake tapi guna satu pedal. Ni saya baca artikel untuk pasaran UK. Untuk pasaran Malaysia, sila pergin ke showroom dan tanya pasal feature ni. Kaki tak lenguh sebab ringan dan tak perlu bergerak nak brek. Brek pedal tu tetap berfungsi, cuma kena activate feature ni kalau sangkut dalam jem. ( kata owner MG EV SE malaysia, feature nih ada ! ) ...rajin rajinlaa kaki tu ke showroom...tengok depan mata terus.
Konfigurasi macam mazda MX5
- 50-50 weight distribution
- rwd
Macam syok aja handling dia.