Bermula sejak 2003 , maksudnya TESLA dah hadap teknologi bateri selama 20 tahun.
Boleh dikatakan mereka paling matured dalam industri EV, dan sebab itu produk mereka agak mahal.
Bila layan EV, mindset kena diubah, sebaiknya beli brand new , sebab isu battery degradation dan warranty. Orang yang beli TESLA ni sebaiknya dari Tech Industry.
Di zaman 2024 , orang yang mampu untuk beli Tesla di US / Europe adalah golongan berpendapatan tinggi. Jadi tak mustahil di Malaysia, T20 aja golongan sebaiknya untuk cuba EV.
Maturity dalam bisnes EV itu penting. Mereka dah hadap segala masalah berkaitan EV dari seluruh dunia.
Matured dari segi quality control pun penting, walaupun 52% TESLA dihasilkan dari kilang mereka di Shanghai , China, kualiti tetap dijaga. Untuk banding quality control saingan mereka dari China, saya cuma percaya dengan BYD, Geely, Zeekr ,Volvo dan Polestar sahaja.
Sebab itu TESLA mahal, sebab maturity dari segala aspek. Bila EV nak mature untuk semua golongan ? Saya jangka lagi 20 tahun. Sekarang ini zaman trial & error dan pace EV China terlalu laju, dan saya rasakan akan ada quality defects.
Disebabkan terlalu banyak EV dipasaran dan pengguna pulak tak ramai, jadi kalau nak buat untung pastinya kualiti akan terabai. Haa yang ini adalah benda yang paling menakutkan. Produk tak matured tapi dah keluar ke market. Paling takut kalu bateri tak ada keselamatan yang tertinggi. Risiko terbakar bateri adalah cukup tinggi.
Jadi kalau korang nak less headache, stay sahaja dengan TESLA.
Software maturity tu bukannya syarikat EV China boleh tiru, features depan mata tapi ianya datang dari software. Mestilah TESLA jaga rahsia mereka, iaitu melalui software.
Sekadar pandangan/