Operasi khas Polis DiRaja Malaysia bersama PERKESO tengahari tadi berjaya memberi kesedaran kepada ramai pemandu ehailing dan phailing.
Operasi selama 2 jam bermula pukul 11 pagi itu memfokuskan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO SKSPS yang wajib dicarum oleh para pemandu ehailing dan phailing.
Pihak PDRM diketuai oleh ASP Harun bin Umar JSPT Selangor dengan kekuatan 17 anggota manakala Perkeso pula diketuai oleh En Ismail bin Abi Hashim Pengarah PERKESO Selangor dengan kekuatan lebih 20 anggota.
Sementara itu SKSPS yang diwajibkan kepada pemandu ehailing bermula pada 1.6.2017 memperuntukkan denda RM10000.00 dan penjara 2 tahun sekiranya gagal mencarum.
Bagaimanapun pihak PERKESO lebih kepada berusaha mendidik para pemandu ehailing dan phailing supaya mencarum dan memberi tempoh 14 hari kepada mereka yang gagal mencarum sebelum tindakan undang-undang diambil jika masih engkar untuk mencarum.
Pihak kami membuka satu group wasap bagi tujuan memberi info berkenaan SKSPS kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan SKSPS tersebut.
https://chat.whatsapp.com/IT2AXifVMg7Ki1UjABpBrJ
Semoga pemandu ehailing dan phailing segera mencarum untuk kebaikkan anda sendiri.
Terima kasih
RA Ehailing.fm
#ehailing #sksps #ehailingfm #perkeso #grab #mycar #maxim #indriver #lalamove #foodpanda #shopeefood #rider #phailing #onlineradio #communityradio #rizaladam
eHailingFM (online radio for e-hailing / rideshare / p-hailing / on-demand apps community) https://www.ehailing.fm
Connect: https://bit.ly/3khNWYt