Ini Apollo RT6. Ianya adalah Level 4 autonomous, maksudnya guna AI untuk memandu sendiri dan boleh bypass guna simulator dari opis. Gila sungguh la. Memang gila. Siap tak ada stereng pemanduan secara manual.
Itulah teksi tanpa driver yang sedang running di bandar terpilih China oleh Baidu. Yup, Baidu. Sebuah syarikat teknologi yang terkemuka di China. Baidu memiliki satelit seakan GPS yang banyak.
Dalam kereta tiada pun steering dan pedal. Boleh bawa 4 hingga 6 orang dewasa. Bekerja non stop 24/7
Dan yang menariknya guna teknik bateri swap, itupun robot yang tolong swapkan di stesen yang dikhaskan yang berada dalam jarak yang telah ditetapkan. Memang hebat. Swapping bateri cuma mengambil masa tak sampai 5 minit sahaja katanya. Efisien sungguh la.
Order pakai mobile apps, kereta datang, hantar ke destinasi. Satu cabaran untuk industri e-Hailing dan Teksi di Malaysia kalau diimplementasikan disini. Driver e-Hailing sudah tak ada kerja la lepas nih.