Gambar ambil dari grup FB Wira. Sebab saya suka tengok C99 modified
Ini menunjukkan kelesuan besi dan jenis material yang Proton sendiri pilih untuk buat body wira jalanan biasa (bukan C99 RS)
C99 RS (warna putih) 50 biji terpaksa dibuat dengan chassis yang kukuh sebab kena follow rules homologation supaya Proton PERT boleh bertanding dalam APRC , body RS tu yang selamat nak sumbat enjin EVO (yang lain tu ibarat tin milo diletak enjin 300hp dan menunggu masa sahaja untuk koyak sebab chassis flex)
Berdasarkan komen berkaitan chassis yang saya baca di wall saya
Nosecut EVO paling berat, diikuti oleh Lancer dan paling cap ayam ialah Wira
Mungkin atas faktor kos, Proton decide guna material paling ayam untuk stamp body Wira. Hal ini tidak terjadi di Mitsubishi.
Masa saya beli Wira 1.3GLi tahun 2001 dulu pun terasa tin milo dia. 22 tahun kemudian kelesuan besi mula melanda pemilik Wira.
Kalau dah jadi macam ni ,kalau welding pun, akan berjaya dikesan oleh JPJ dan kena sita.
Preventative maintenance ialah
- kembali ke set spring / absorber asal
- pakai rear V Mount bar UR ( supaya tak goyang secara indipendant )
- pakai rear ARB supaya suspension tak goyang dan menjejaskan chassis
Pakai wira di 2024 dan terasa nak pakai adjustable ? Fikir masak masak
Nak masuk enjin turbo ? Tork dari enjin tak merosakkan chassis ?
Kelesuan besi itu nyata, erti kata lain , dah reput. Analogi mudah, ambil aja kepingan besi dan bengkokkan berulang kali di tempat yang sama, sekejap aja kan patah
Topik ini bercerita kelesuan besi (dan kualiti Proton vs Mitsubishi di mana kualiti lagi rendah , cepatlah kadar kelesuan besi)
Manufacturer lain terutamanya CBU Japan akan jaga bab kualiti, dah berpuluh tahun masih utuh (rujukan Honda SV4 , Lancer EVO , Lancer MX)