Like this:

Naza Citra – MPV Pertama Malaysia

MPV Malaysia + Korea yang sangat popular suatu masa dahulu. Dilencana semula dari Kia Caren generasi pertama yang mula dikeluarkan semenjak dari tahun 1999.

Naza Citra mula dijual di pasaran negara kita pada tahun 2005. Citra dapat sambutan yang baik dan memang ramai yang membelinya. Saiz yang agak besar, panjang hampir 4.5 meter dan lebar hampir 1.75 meter.

Menggunakan enjin yang agak berkuasa pada waktu itu, 2.0L DOHC 16-injap kuasa maksimum 138 ps @ 6000 rpm, tork maksimum 175 Nm @ 4500 rpm.

Tengok pada nilai di atas, memang tiada masalah “kurang power”, dan prestasinya boleh dikatakan amat bagus untuk MPV sebesar ini.

- Menggunakan transmisi 4-kelajuan automatik.
- Berat 1419 kg hingga 1456 kg.

Dahulu dijual pada harga antara RM53,000 hingga lebih dari RM70,000. Dengan saiz begitu dan menggunakan enjin yang agak power, bolehlah ia menandingi MPV recond Jepun seperti Wish dan Stream generasi pertama dari sudut harga dan prestasi kerana Naza Citra mampu memecut dari 0 - 100 kmsj dalam masa hanya 11.8 saat sahaja, Kelajuan maksimum pula 181 kmsj.

Sehingga sekarang masih ramai yang menggunakannya sebagai kereta utama kerana alat ganti masih mudah didapati dan ianya boleh dikatakan kereta yang kurang masalah. Masih selesa untuk pasangan yang mempunyai 4 atau 5 orang anak.

Spesifikasi:

  • Enjin 2.0L (1975 cc) 4-silinder DOHC 16-injap.
  • Kuasa maksimum 138 ps @ 6000 rpm.
  • Tork maksimum 175 Nm @ 4500 rpm.
  • Transmisi 4-kelajuan automatik.
  • Berat: 1419 - 1456 kg.
  • Pecutan 0-100 kmsj 11.8 saat.
  • Kelajuan maksimum 181 kmsj.
Nazs Citra Mpv Pertama Malaysia

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading