Masalah yang perlu diselesaikan jika EV murah dibenarkan di Malaysia
EV harga murah sesuai untuk isi rumah yang rumah landed dan ada kereta ICE untuk perjalanan jarak jauh. Masalah akan timbul jika yang membeli EV murah tapi buat perjalanan jauh atau emergency.
Sebabnya, prasarana kita di Malaysia masih belum ready. Belum tersedia jaringannya.
Jika nampak 2 charger, dan jika kedua dua sedang digunakan untuk mengecas kereta, kuasa elektrik selalunya akan dibahagi dengan 2. Dari 20 minit, akan jadi 40 minit. Itu stendet,
Itu belum masuk isu charger offline, menjawab nak tunggu queue.
Di stesen minyak PLUS pun, berapa kerat aja yang pasang charger. Persoalannya, sanggup ke anda menunggu lama ?
Duduk rumah Apartment atau Flet, siapa pulak nak invest letak charger kat parking. Itu masalah utama... Persatuan penduduk takkan nak keluar modal pasang charger. Nak harapkan kutipan pengurusan dan servis bulanan pun bayarnya culas...
EV murah perlu ada, tapi yang membelinya sebaiknya yang duduk rumah landed dan untuk perjalanan dekat sahaja. Bila sales EV mencanak naik, barulah investor berani nak labur pasang banyak charger
Tapi berbalik kepada memasang charger ni la. Sebab leceh investor nak invest sebab Suruhanjaya Tenaga yang kawalselia benda nih memang dikenali ramai sebagai banyak cekadak.. Huhuhu... Banyak songel.. Ini realitinya.