Like this:

Bunyi NVH pada kenderaan EV

Saya lepak forum Team BHP, baca owner experience dengan Tata Tiago. Harga sekitar US10k, agak murah bagi sebuah EV di India.

Masalah utama ialah, kualiti NVH. Bunyi bising disebabkan ketiadaan bunyi enjin ICE. Maksudnya, bunyi tayar, bunyi dari luar tiba tiba memenuhi suasana dalam kereta.

Jadi, isu ev murah ialah kualiti nak menapis bunyi dari luar. Contohnya jenis cermin, getah cermin, penyerap bunyi di chassis dan kawasan tayar, jenis tayar, jenis suspension.

Ada sebab mengapa sebuah EV menjadi mahal, sebab kerja kerja ekstra yang perlu dibuat untuk menapis bunyi bising.

Jadi, jika sebuah EV berharga melebihi RM100k, sepatutnya kualiti NVH kena cemerlang.

Bila melihat video sesi pandu uji, saya cuma perhatikan kualiti NVH aja. Sebab pada saya, ianya paling penting.

Jika Perodua umumkan EV murah, tunggu sesi pandu uji, dan perhatikan kualiti NVH dahulu.

Saya ada BMW E39, sejak itu saya menghargai kualiti NVH. Kereta Jepun, cuma Camry atau Lexus aja dapat setanding dengan E39.

Bunyi Luaran Pada Ev

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading