Like this:

Kerajaan Masih Membisu Seribu Bahasa

Pada 8 Jun 2020, Rizal Adam dari eHailingFM telah menukilkan komentar dibawah ini. Tapi sehingga ke Disember 2023, tiada satu apa pun yang terhasil. Kerajaan Malaysia masih membisu seribu bahasa. Tiada tindakan, tiada pemantauan, tiada usaha dari 3 orang Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri yang ada sekarang ini pun sekadar "SEMBANG" jer bila berhadapan dengan petugas industri GIG ni. Kementerian Pengangkutan pun jangan harap la.

==========

Susulan paparan eHailingFM tentang kerajaan perlu menetapkan tambang lantai beberapa syarikat ehailing (EHO) tampil menyatakan persetujuan dan perlu tindakan segera daripada kerajaan.

Mycar melalui CEO nya Hj Mohd Noah menyambut baik usaha ke arah menyelaraskan tambang ehailing yang ketika ini dilihat amat tidak berbaloi. Beliau menyatakan demikian pagi tadi kepada wakil eHailingFM (Rizal Adam). Beliau menyatakan kegusarannya terhadap EHO yang membuang harga sehingga tidak masuk akal.

Sebelum itu lewat petang semalam CEO Big Blue Dato Shamsubahrin sewaktu menghubungi eHailingFM (Rizal Adam) memberitahu bahawa beliau telah pun bertindak lebih awal meminta pihak kerajaan mengkaji serta melaksanakan tambang ehailing sama seperti tambang teksi. Beliau juga akan terus mendesak tanpa henti selagi pihak kerajaan tidak melaksanakan apa yang dituntut oleh pihaknya memandangkan ianya adalah untuk kebaikkan industri ehailing itu sendiri.

Bagi pengasas Jomrides pula Tuan Usop Jiden menyatakan "Saya amat bersetuju sekali kerana ianya adalah pengangkutan awam sama seperti Bas dimana Kerajaan wajib mengawal tambang. Di Indonesia, Kerajaan mereka mengawal kadar tambang minima dan maksima" dalam perbualan wasap dengan eHailingFM (Rizal Adam) tengahhari tadi.

Tengku Putera ketua pegawai operasi MannGo pula menyatakan pihak MannGO setuju dengan kadar minima tambang yang sepatutnya dikenakan dan telah dari awal lagi meletakkan kadar minima RM 5 pada kurang dari 1km. Beliau menambah sepatutnya diselaraskan kesemua EHO seperti perbincangan tahun 2018/2019 bersama SPAD dulu. Beliau hairan tiada tindakan susulan selepas itu dan akhirnya pelbagai EHO menurunkan kadar tambang masing-masing.

Bagi Cik Aszliza yang mewakili Dacsee juga menzahirkan amat bersetuju dan mengharapkan agar segera dilaksanakan oleh pihak berkuasa sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Dengan sambutan oleh pihak EHO yang rata-rata bersetuju agar kerajaan campur tangan dalam isu tambang murah atau lebih dikenali di kalangan pemandu ehailing sebagai "fare sampah" tiada sebab untuk kerajaan menolak atau berlengah lagi bagi memastikan ehailing berkembang dengan adil di Malaysia.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Serta elakkan menjadi seperti pahat dengan penukul. Sekali ketuk sekali jalan.

Terima kasih

Admin eHailingFM (Rizal Adam)

Nak beli telefon pintar dengan harga murah?

EHO Lokal
EHO Lokal 2

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading