Like this:

Ezam dedah pembebasan segera Najib Razak

Saya membuat laporan polis hari ini kerana percaya Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menterinya telah melanggar sumpah jawatan dihadapan DYMM YDP Agong.

Perdana Menteri telah dengan sengaja ingkar titah YDP Agong ke 16 yang telah membuat beberapa keputusan didalam Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024 berdasarkan kepada kuasa Baginda selaras Perlembagaan Persekutuan.

Kepercayaan saya ini juga berdasarkan kepada beberapa dokumen Lembaga Pengampunan yang saya terima beberapa hari lalu dan beberapa peristiwa di Mahkamah termasuk afidavit adendum oleh anak kepada pengadu yakni Dato Seri Najib Tun Razak, dan juga kenyataan2 pihak kerajaan didalam dan diluar Parlimen beberapa hari lalu.

Disebabkan dokumen2 yang saya terima membabitkan perintah dan titah DYMM Agong bersama cap mohor kerajaan saya tidak dapat mendedahkannya kepada umum dan telah pun menyerahkannya kepada pihak Polis DiRaja Malaysia hari ini.

Kesemua asas2 ini menjuruskan kepada keingkaran dan kegagalan pentadbiran kerajaan dibawah pimpinan memanda Perdana Menteri yang dengan sengaja mengenepikan sebahagian daripada titah perintah diRaja diatas kepentingan politik mereka sendiri.

Penjelasan yang dibuat Perdana Menteri di Parlimen semalam hanyalah helah menutup jenayah yang beliau dan jemaah menterinya telah lakukan dengan secara sengaja ingkar titah perintah DYMM Agong.Penjelasan yang dibuat setelah hampir setahun Lembaga Pengampunan bersidang itu juga petanda kelambatan dalam perlaksanaan dan penjelasan adalah kerana ada unsur2 jenayah dipihak PM yang tidak mahu melaksanakan titah perintah diRaja.

Isu ini tidak sepatutnya dan tidak seharusnya berlanjutan hingga ke Mahkamah sekiranya pihak kerajaan telus,jujur,tidak ingkar dan perlaksanaan titah diRaja boleh dibuat serta merta kerana jelas termaktub didalam Perlembagaan Malaysia kuasa pengampunan terletak sepenuhnya atas ihsan dan budibicara DYMM YDP Agong yang bersemayam di Singgahsana pada waktu itu.

Pihak pengadu dan keluarga, dalam kes ini Dato Seri Mohd Najib Tun Razak terpaksa membawa kes ini ke Mahkamah HANYA setelah beberapa bulan mereka menunggu dan tidak mendapat jawapan pasti Ya atau Tidak daripada pihak Kerajaan.Mengapa kerajaan membisu selama ini?

Saya ingin ingatkan PM hari ini agar insaf dan laksanakan tugas hakikinya yakni menurut perintah dan titah Agong tanpa sebarang muslihat jahat.

Saya juga ingin ingatkan PM ini bukan sahaja soal taat setia kepada Raja juga membabitkan soal kezaliman,soal kebebasan dan hak serta karamah insaniyyah seorang insan yang selama ini kamu laung2kan tetapi gagal lakukan setelah diberi amanah sebagai seorang Perdana Menteri.

Saya menggesa pihak Polis membuka fail siasatan segera dan menyiasat Perdana Menteri yang pada hemat saya dengan jelas telah melanggar sumpah jawatan kepada YDP Agong dan merupakan satu jenayah yang berat.

Mohamad Ezam Mohd Nor

11 Disember 2024 / 9 Jamadil Akhir 1446H

Balai Polis Dang Wangi,KUALA LUMPUR

Ezam Buat Laporan Polis

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading