Pandangan dari udara Jalan Klang-Teluk Intan yang melalui Kampung Parit Sembilan, berhampiran Sekinchan, Selangor.
Jalan Klang-Teluk Intan merupakan jalan persekutuan sepanjang 145 kilometer yang menghubungkan Klang di Selangor dengan Teluk Intan di Perak. Jalan ini cukup popular dalam kalangan pengguna jalan raya kerana menawarkan pemandangan indah seperti pekan-pekan lama yang klasik, perkampungan tradisional, serta hamparan sawah padi yang memukau.