Kembalikan sahaja bas mini ini jika alasan warga Malaysia mahukan tambang yang murah sehingga kadar tambang ehailing sudah jatuh di bawah paras beku..
Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.. Kerajaan Persekutuan (Kementerian Pengangkutan) sebenarnya tiada masalah untuk menstabilkan harga ehailing cuma mereka masih mengkaji dan mengkaji yang telah menjangkau bertahun-tahun untuk mencari hasil kajian yang terbaik.
Siri kaji mengkaji ini juga menyebabkan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia @ SEGiM tak jadi..
Akhirnya kita tunggu sehingga semua syarikat ehailing bungkus tetapi sebelum itu beribu pemandu ehailing tersungkur barulah kajian berkenaan tambang akan selesai...
Sekian dan kepada kerajaan "selamat mengkaji".
Terima kasih
Admin RA Ehailing.fm
__________________
Kereta ehailing untuk disewa: www.wasap.my/601116861593/kereta+sewa
Nak beli telefon pintar harga mampu milik?