Datuk Noor Sheena CEO MyCar sebak mendengar suara seorang pemandu e-hailing yang meluahkan perasaan kecewa dan putus harap akibat disekat akaun pemandunya selama seminggu.
Lantaran itu Datuk Noor Sheena berusaha menghubungi pemandu tersebut Kak Marzuni untuk berkongsi kesengsaraan yang dialami oleh beliau.
Untuk perkongsian MyCar sebelum ini memang sentiasa menyantuni pemandu e-hailing tanpa mengira samada pemandu tersebut berdaftar atau tidak dengan MyCar.
Atas dasar itu maka nama MyCar sentiasa meniti dari bibir ke bibir sebagai sebuah syarikat e-hailing yang sentiasa menghargai pemandu dan sentiasa mengamalkan konsep tiada kejayaan tanpa pemandu.
Sementara itu Kak Marzuni menzahirkan perasaan terharu apabila MyCar tampil membantu di saat beliau tertekan dan buntu kerana satu-satunya sumber rezekinya disekat, walaupun hanya seminggu tetapi kesannya amat berat.
Perkongsian semalam di pejabat urusan MyCar di Petaling Jaya itu turut dihadiri oleh En Zailani Timb. Pengerusi Gerakan Badan Bertindak Sahabat Ehailing Malaysia.
Terima kasih juga kepada cikgu Fadzrul yang membuka rumah kepada pertemuan diantara MyCar dengan KaK Marzuni.
Bagi kami di ehailing.fm sewajarnyalah para pemandu dan pengguna untuk terus menyokong MyCar yang merupakan syarikat e-hailing tempatan, kerana jika bukan anda siapa lagi.
Terima kasih
ehailing.fm