Like this:

Adik Wani kena saman dengan JPJ Kedah

Pasukan Aman 1 dalam rondaan rutin penguatkuasaan di KM49.5 Lebuhraya Utara Selatan hala Utara telah menahan sebuah motokar jenis Honda City yang memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan. Pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suami nya sempena nama dirinya.

Menurut Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, “Jika mana mana orang yang menggunakan kenderaan bermotor yang padanya nombor pendaftaran atau dalam hal kenderaan sewa atau teksi, plat pengenalan tidak dipamerkan mengikut kaedah ini atau jika id dipamerkan dalam apa apa cara yang kabur, atau dibiarkan atau dibenarkan menjadi atau kekal tidak mudah untuk dilihat dengan jelas atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah ini maka ia didapati bersalah bagi suatu kesalahan” dan boleh dikompaun tidak lebih tiga ratus ringgit.

Anggota penguatkuasa telah mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah seksyen 61(1) APJ 1987. JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut.

(Sumber : Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Kedah)

Adik Wani 01
Adik Wani 02
Adik Wani 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading