Zaman muda dulu, tak suka gerak siang. Lepas jam 12 malam baru best nak gerak. Kenderaan tak banyak. Mata masih cemerlang.
Masuk 40an ni, mata mula silau. Kalau boleh gerak petang, hayun petang. Kalau malam pun sebelum jam 10 dah gerak.
Dulu atas highway memang tekan 160-180 ja memanjang. Bawah 150 rasa perlahan. La ni, cecah 140 pun rasa melayang. Maintain 100-120 ja. Speed trap pun tak kena.
Dulu, tak suka berhenti. Isi minyak penuh kat Gombak, perhentian pertama adalah kat rumah di Kelantan atau Terengganu. Sekali pun tak nak berhenti. Anak-anak suruh makan dan kencing siap-siap kat rumah. Naik kereta mereka tidur ja.
La ni, asal nampak RnR je nak berhenti. Nak kencing lah, nak beli jajan lah, nak betulkan uratlah.
Masa. Tiada yang dapat menghindarinya.
Menua. Tiada yang dapat mengelaknya.
Tiada siapa berjaya mengalahkan masa.
Tiada siapa berjaya mengelak dari menua.
Tenang saja jalani setiap fasa hidupmu.
Nikmati setiapnya dengan caramu tersendiri.
Kerana apa yang pergi, takkan berulang lagi.
Begitulah.
Salam sebelum Subuh dunia!