Like this:

Nak EV Murah?

Pada saya, biar EV yang dijual di Malaysia adalah level premium. Maksud premium, EV yang dijual atas US25k di China. Bila level premium, sekurang kurangnya ada jaminan keselamatan terutamanya di aspek perlindungan bateri.

Kalau level murahan, cuba fikir, adakah mereka melabur di aspek keselamatan bateri?

Contohnya

- Tesla menghabiskan banyak resources di teknologi melindungi bateri. Design compartment dan material untuk serap haba jika berlaku kebakaran. Compartment bateri itu aja dah telan kos yang banyak, belum cerita lagi kos pembangunan bateri

- Tesla juga mencipta teknologi Chassis yang melindungi bateri, jika berlaku pelanggaran, bateri akan terlindung

- Tesla juga cipta teknologi sejukan bateri. Semasa cas dan juga discas.

Teknologi di atas ini aja menyebabkan harga Tesla hampir ke RM200k walaupun tanpa tax. Bayangkan jika sebuah EV berharga US10k dijual di Malaysia dan tidak melalui proses di atas.

Ada kes sebuah EV terbakar sebab ruang depan dihentam oleh tayar lori tercabut.

Ruang depan EV tersebut terletak inverter, ianya satu komponen menukar tenaga elektrik ke motor kinetik dan sangat panas. Akibat hentakan tersebut, sistem jadi gila dan menyebabkan overheat dan terus terbakar.

Ramai yang menyeru supaya EV dijual bawah 100k. Pada saya baik kerajaan naikkan ke 150k, sebab nak dapat jaminan EV level Premium dan selamat aja yang boleh dijual di Malaysia.

Satu lagi, teknologi bateri LFP baru masuk generasi ke 2. Ianya tetap terbakar.

Ini kisah sebuah kereta Hybrid yang guna bateri LFP di China. Kereta tersebut dipandu oleh seorang hakim level senior. Jadi kemalangan sebab langgar lori rasanya. Orang ramai tak berjaya tolong, sebab tuil pintu terkunci dari dalam. Api pula marak dengan laju. Disebabkan ianya hybrid, gabungan petrol dan bateri pun boleh jadi punca kebakaran

Nak EV murah? Fikir dahulu risiko keselamatan.

Ev Murah 2

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading