PDRM kini sedang cuba untuk mendapatkan kerjasama dari semua pemilik dashcam yang berada dan menetap di Apartment Idaman, Damansara Damai bagi mengumpul bahan bukti bagi melengkapkan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Diharapkan semua pemilik dashcam kenderaan agar memberikan kerjasama dan bantuan sebaiknya kepada pihak Polis.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh tampil menemui pihak Polis (PDRM) bagi mengukuhkan lagi siasatan selain daripada penemuan saintifik dan keterangan awam yang boleh membawa kepada tertangkapnya suspek kes ini.
Harap ada penyelesaian yang baik dan adil buat Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Admin SH
www.ehailing.fm