Like this:

Kereta Dari China

Bila kita borak tentang Proton, mesti akan keluar cerita tentang saham Proton yang sebahagian sahamnya dimiliki oleh Geely.

Sebelum Proton, Geely juga ada memegang besar saham Volvo Car.

Namun ramai yang tidak tahu, Mercedes Benz Group pun sebahagian besar sahamnya dimiliki oleh syarikat dari China, dan jika kita asyik cakap saham Proton dimiliki oleh syarikat China, Mercedes sebenarnya ada dua pemilik saham terbesar dari syarikat China.

Pemilik saham terbesar Mercedes Benz Group adalah BAIC Group sebanyak 9.98 peratus, pemilik saham kedua terbesar pula adalah Li Shufu melalui Tenaciou3 Prospect Investment Limited sebanyak 9.69 peratus, Li Shufu merupakan pengasas dan pemilik Geely.

Kedua-dua entiti dari China itu adalah pemegang saham terbesar di dalam Mercedes Benz Group.

Jika dibandingkan Mercedes Benz dengan Volvo Car dan Proton, jauh Mercedes Benz lebih besar dari kedua-duanya, dan Mercedes Benz Group merupakan salah sebuah syarikat gergasi automotif di Eropah serta di dunia.

Jika kita lihat kepada Proton, Geely yang pegang saham Proton sebanyak 49.9 peratus masih lagi belum jadi pemegang saham terbesar, tetapi BAIC dan Li Shufu (Geely) menjadi pemegang saham terbesar di dalam Mercedes Benz Group.

Jadinya apa yang kita nak risaukan sangat?

Gergasi automotif dunia seperti Mercedee Benz elok sahaja teruskan bisnes, tak akan lah Proton tak boleh.

Aku sebenarnya tak mahu fikir sangat tentang bisnes, kerana aku lebih sukakan dengan kejuruteraan.

Semenjak Proton dengan Geely, Proton ibarat sudah naik satu tangga, kerana dapat enjin Turbo GDI dan juga enjin Mild Hibrid bersama Turbo GDI. Kemudiannya yang paling aku suka, Proton versi Geely tidak menggunakan transmisi CVT, tetapi menggunakan transmisi yang sporty, dwi klac 7-kelajuan. Ditambah pula dengan suspensi yang agak baik, “handling” pun jadi agak bagus, hampir dapat pakej yang aku suka, “power dan handling”.

Aku tak dapat apa-apa bayaran pun menulis artikel ini, dan buat masa sekarang pun aku tak mahu beli Proton kerana aku lebih minat dengan kereta prestasi tinggi Proton zaman Satria GTI dan Satria R3. Tetapi aku kasihan dengan Proton kerana tak ramai yang “backup” dia.

Proton S70 Hev

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading