Hospital swasta menafikan dakwaan bahawa pesakit yang menggunakan insurans dikenakan caj lebih tinggi berbanding mereka yang membayar sendiri untuk prosedur perubatan.
Menurut kajian Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), tiada perbezaan ketara dalam kos antara pesakit berinsurans dan pesakit yang membayar sendiri.
Malah, hospital sering memberi diskaun kepada pesakit berinsurans dan menjadikan jumlah kos mereka lebih rendah.
