Kali terakhir coach tengok bangsa Melayu bersatu masa kes curi henpon kat Low Yat tu.
Walaupun tindakan pemuda tersebut bangang, tapi kita dapat belajar bahawa kita tak perlukan figura berpengaruh pun untuk kumpulkan 1 bangsa Melayu untuk menghadapi isu-isu berat macam yang berlaku sekarang.
Asal ada isu besar melibatkan agama dan bangsa, figura berpengaruh Melayu ni bukan buat apa pun. Paling kuat buat posting kat Tiktok dengan pelbagai kata-kata keramat seperti
"lidi nak kena ikat rapat-rapat.."
"Sabar kami ada hadnya..."
"Jangan dijolok sarang tebuan.."
"Jangan dikejut harimau yang sedang tidur...."
Pastu print baju bersulamkan kata-kata pendekar.
Dan disambut dengan komen dari pengikut mereka yang seolah tak sabar nak ulang peristiwa 16 Mei.
2 minggu kemudian keadaan reda. figura pahlawan Melayu order tiket bercuti ke luar negara hasil dari keuntungan jual baju.
Yang tukang komen sambung hidup jadi macai.
Setahun kemudian kes sama berulang.
Kitaran sama berulang.
Figura pahlawan Melayu bercuti kat negara lain pulak.
Kesimpulan,
Mat Rempit pencuri Loyat lagi berguna dari Figura pahlawa Melayu dalam bab langgar melanggar ni.
Edited : Keputusan mahkamah mengatakan budak-budak Melayu ni tak mencuri pun. cuma mengam0k kena kencing kes beli fon.
Ini macam baru layak diangkat fighter. Takda cakap banyak terus proceed Royal Rumble, tak payah nak post2 kat tiktok bermadah Melayu bangkit bagai.
