Assalamualaikum & Salam Sejahtera Rakan² Media.
*MAKLUMAN KES MENDATANGKAN CEDERA AKIBAT SELISIH FAHAM DI JALAN RAYA.*
Pada 14/03/2025 jam lebih kurang 2124 hrs, Polis Daerah Kajang mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada (1)(L) tempatan berumur 17 tahun yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah menyatakan pada 14/03/2025 jam lebih kurang 1415 hrs pengadu telah dipukul oleh (1)(L) tidak dikenali semasa berada di kawasan berhampiran Saujana Impian, Kajang.
Hasil siasatan awal dapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham semasa memandu di atas jalan antara pengadu dan saspek tersebut. Dalam kejadian ini pengadu telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan retak tulang batang hidung akibat dipukul. Siasatan juga dapati pengadu tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan tindakan saman trafik.
Bertindak atas maklumat, pada 14/03/2025 jam lebih kurang 2150 hrs, (1)(L) tempatan berumur 39 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dimana jika sabit kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun dan dikenakan denda. Siasatan juga dijalankan dibawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, yang mana boleh dipenjara sehingga 6 bulan atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit jika sabit kesalahan.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhemah semasa memandu dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Insp Chalart Cinda a/l Eh Nem di talian 017-9825510 bagi membantu siasatan.
*KPD Kajang*
14/03/2025 @ 2200 hrs
