Rupanya masih ada pemandu ehailing dan phailing yang belum tahu bahawa Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM dibayangkan oleh YB Menteri Sumber Manusia sebagai 'tidak jadi' ketika memberi jawapan terhadap satu soalan di Parlimen.
Walaupun beratus ribu kecewa dengan jawapan pantas dan berterus-terang oleh menteri namun itu bukan satu alasan untuk kita berputus-asa dan berhenti berusaha mencari jalan terbaik untuk kebajikan pemandu ehailing dan phailing.
Saya juga kecewa dan terasa seperti dipermainkan tapi kita hanya insan yang umpama timun bertemu durian.
Apa yang boleh kita lakukan ialah ingat apa yang mereka buat dan luahkan semula apabila kempen pilihanraya bermula nanti.
Saya percaya pada masa itu mereka akan turun padang semula untuk melaungkan semangat menyala-nyala untuk membela industri ehailing dan phailing.
Dijemput menyertai group khas FB bernama Parti Ehailing Negara PEN untuk berkongsi pandangan berkenaan industri ehailing dan phailing.
Link : https://www.facebook.com/groups/3169320853371910/?ref=share&mibextid=CTbP7E
Link wasap: https://chat.whatsapp.com/CbWL9fbX8jW5cwPJk0hEmi
Terima kasih
RA Ehailing.fm