Like this:

Apa Salah Dr. Sam

Saya betul-betul tidak faham. Apa salah Dr. Sam?

Apa yang rakyat tahu, Dr. Sam adalah seorang yang berjuang untuk memperkasa semangat federalisme, berusaha mengharmonikan hubungan antara negeri dan Persekutuan, walaupun terpisah oleh parti politik yang berbeza.

Setiap kali wakil-wakil Persekutuan datang ke Terengganu, Dr. Sam tak pernah jemu ucap terima kasih.

Apabila ada peruntukan disalur sebagaiman negeri lain, beliau selalu berterima kasih kepada Persekutuan.

Terakhir, semasa PMX hadir ke Kemaman untuk majlis berbuka puasa, Dr. Sam sekali lagi menunjukkan rasa hormat itu.

Tapi apa yang berlaku di belakang tabir? Apa yang kita tidak nampak? Walaupun setiap ucapan Dr. Sam penuh dengan penghargaan dan rasa terima kasih, di belakang beliau dilayan dengan teruk.

Mulanya, pengumuman bonus penjawat awam yang melibatkan duit royalti, ia diperguna sebagai taktik untuk menghumban Dr. Sam ke dalam ‘kubur politik’.

Semua ini adalah usaha terancang untuk menjadikan beliau simbol kegagalan. Dr. Sam, walaupun dilambung dengan pelbagai tuduhan dan cercaan, tetap tenang.

Tidak pernah sekali beliau memburukkan hubungan antara negeri dan Persekutuan, sebab beliau tahu, yang rugi akhirnya adalah rakyat, bukannya mereka yang bermain politik.

Namun, tekanan terus datang. Rakyat benar-benar tertanya-tanya, apa sebenarnya yang salah dengan Dr. Sam?

Kenapa pergerakan dan perbualan perlu dikawal seperti penjenayah? Setiap langkah beliau diawasi, seolah-olah beliau adalah ancaman besar.

Tetapi kenapa? Apa yang beliau lakukan? Bukankah Dr. Sam hanya ingin menjaga hubungan baik antara negeri dan Persekutuan?

Bukankah beliau berjuang untuk rakyat? Mengapa beliau dihukum dengan begitu berat?

Dr sam

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading