Menteri pun suh bawak teksi. Tapi masing² nak terjerat dgn Pc ehailing tu dan merungut setiap hari yg tiada solusi dan penghujungnya.
Di Jepun, apps ehailing hanya boleh diaplikasikan pada teksi sahaja. Kereta persendirian tidak dibenarkan. Semua dikawal dgn bagus sekali. Jika masing² tidak setuju, teruskanlah kayuh Pc ehailing tu.
sejak kewujudan pc ehailing ni,
1. Fare semakin rendah
2. Driver semakin ramai
3. Ulat semakin berleluasa.
Jgn sesekali mintak 3 masalah tersebut diselesaikan sebab kalian sedang menyokong utk terus kayuh bersama pc ehailing.
Selagi ada yg masih sokong pc ehailing, selagi tula masalah takkan selesai. Terimalah hakikat tersebut.
utk makluman, Pachik dah berehailing bersama Grab 13tahun (2012-2025). Takde laa hebat mana sebab Pachik gunakan kaedah teknik Sari Seratut.
Selain itu ada juga Teknik spt:
1. Teknik Hikayat Merong Mahawangsa
2. Teknik Puteri Gunung Ledang
3. Teknik Mat Kilau
4. Teknik Pandalela
5. Dan lain lain.
Sekian.
