Terengganu Petroleum : 'Kesilapan' Besar Dr. Sam
Saya baru sudah tengok 'full' ucapan Dr. Sam di Sidang Dun baru ni.
Panjang Dr. Sam cerita pelan kerajaan negeri nak jana hasil tambahan negeri selepas sekatan royalti.
Bermula 2018, kerajaan negeri struktur semula anak syarikat negeri dan kutipan hasil, alhamdulilah kewangan syarikat dan hasil mula berlipat ganda.
Kemudian, anak syarikat di'upgrade' lagi ke 'next' level, mula terlibat dalam industri lain secara meluas termasuk kerjasama dengan syarikat luar.
Bermula dari situ Dr. Sam sebut matlamat jangka pertengahan untuk tubuh Terengganu Petroleum boleh dicapai.
Dr. Sam cerita lagi, akan datang sumber baru macam solar, REE, LnG, silika dan hidogen hijau akan jadi hasil negeri Terengganu juga.
Malangnya usaha ni diperlekeh seteru politik Dr. Sam.
Pada saya, memang 'patut' Dr. Sam diperli sebab banyak silap Dr. Sam buat.
Silap pertama, semasa Dr. Sam bentang idea nak jana hasil baru negeri, Dr. Sam tak kata "Menang hari ini,dalam 24 jam, esok saya tubuh Terengganu Petroleum". Ni silap Dr. Sam, tak janji nak siapkan Terengganu Petroleum dalam 24 jam.
Lain kali kena janji, janji kena manis, baru idea ni orang kata boleh berjaya, bukan angan-angan.
Sambil-sambil tu Dr. Sam kena tunjuk-tunjuk kertas hitam bukti RM9,000 juta pelaburan Terengganu Petroleum, baru nampak macam 'real'.
Silap kedua, Dr. Sam tak bersumpah "Wallahi Wabillahi Watallahi, yes Terengganu Petroleum, Yes hasil baru, Yes hasil untuk rakyat Terengganu".
Bila tak buat ni orang sana akan kata Dr. Sam tengah dalam kemunafakan.
Kalau Dr. Sam buat dua perkara ni saya yakin pihak sana tak berani perlekeh Dr. Sam, semua akan percaya, baru benda tu boleh buat dan sokong Dr. Sam.
Oh ya lagi satu, saya rasa Dr. Sam kena ubah gaya penyampaian, suara kena lantang, drama kena class A, sebutan Terengganu Petrrrrrroleum kena lebihkan huruf R macam Rrrrrreformasi, baru betul.
Dan 'please' Dr. Sam, buatlah apa-apa skandal, baru orang percaya Dr. Kalau sifar skandal, orang tak percaya.
Mohon mencadang Dr. Sam walaupun saya yakin Dr. Sam tak akan terima cadangan ini.
