Pihak Polis telah mengarahkan supaya pemimpin veteran parti DAP Lim Kit Siang untuk tampil membantu siasatan berhubung kenyataannya yang dikeluarkan di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu, yang menyebut “Tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia”.
Dikhabarkan bahawa Lim Kit Siang dijangka akan hadir ke balai polis di SS2, Petaling Jaya pada pagi Rabu ini untuk dirakamkan kenyataannya.
Setakat ini tiada pihak yang dapat mengesahkan apakah Akta yang akan digunakan bagi menyiasat Lim, tetapi dipercayai bahawa Lim akan dituduh melakukan provokasi @ hasutan kerana bercakap tentang kemungkinan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Nak beli DashCam harga murah secara ansuran?