Like this:

Pemandu 4×4 Sudah Kena Tahan

Pihak Polis telah berjaya menahan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang didapati telah memandu melulu dan melanggar empat sekeluarga yang menunggang motosikal di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong di sini dalam kejadian pada hari Selasa itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera.

PDRM sebelum itu telah mengesan rakaman video papan pemuka kenderaan mengenai kejadian terbabit yang tular di media sosial. Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun, manakala Ford Ranger dipandu lelaki berusia 21 tahun.

Dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera.

Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis mengenai kemalangan dan susulan itu, PDRM telah menahan pemandu Ford Ranger untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.

Beli dashcam secara ansuran

Dilanyak 4x4

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading