Like this:

Tiada Subsidi Diesel Pada 1 Januari 2024?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menafikan dakwaan di media sosial, yang kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Jan 2024.

KPDN dalam satu kenyataan telah menegaskan dakwaan itu adalah tidak benar dan sebaliknya Kementerian itu kini sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem Fleet Card dan Sistem MySubsidi Diesel, melibatkan enam syarikat yang menerima kuota bagi skid tank, yang mana akan tamat tempoh pada 14 Jan 2024 ini dimana projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

Semua proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang telah dibangunkan, agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel, seperti mana yang telah dirancang.

KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai. Sebarang pengumuman rasmi berhubung mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel akan dibuat Kementerian itu dan Kementerian Kewangan, setelah sesi libat urus dan jalanan ujian sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel, selesai dilaksanakan.

Beli dashcam harga murah secara ansuran sekarang!!!

Diesel Lori
Subsidi DIesel 1
Subsidi Diesel 2

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading