TEKSI MEWAH LANGGAR SYARAT LESEN APAD 2010
13 DISEMBER 2023 , 5.55 AM
Seorang pemandu Teksi MEWAH yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas telah diambil tindakan oleh Anggota Unit Operasi JPJ Pulau Pinang kerana melanggar Seksyen 22 syarat Lesen APAD ketika membawa penumpang dari Lapangan Terbang ke destinasi sekitar Bayan Baru.
Pemandu akan didakwa di Mahkamah dalam masa terdekat Dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM 1000 Dan tidak lebih RM 500,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Pemantauan berterusan oleh Unit Operasi JPJ Pulau Pinang akan dijalankan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu Teksi Mewah yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Sumber: JPJ Pulau Pinang