Jangan Jadikan Percutian Akhir Tahun Anda Satu Tragedi
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) percaya ramai di kalangan kita semua akan keluar bercuti memandangkan cuti penggal akhir tahun persekolahan bakal bermula esok.
JSPT menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan mahupun penunggang motosikal yang menuju ke destinasi percutian ini agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya.
Rancang perjalanan anda terlebih dahulu, sentiasa pakai tali pinggang keledar, dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, jangan memandu dengan laju dan secara gopoh, serta memotong di garisan berkembar dan berselekoh bagi menghindari terlibat dalam kemalangan.
Kepada pemandu kenderaan perdagangan seperti lori dan bas, pandu secara berhemah dan fokus semasa pemanduan kerana jalan raya kita kongsi bersama.
Semua pengguna jalan raya diingatkan untuk mendapatkan info trafik terkini mengenai aliran trafik semasa melalui siaran radio, aplikasi Google Maps dan Waze serta ramalan kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan.
Pandu cermat, Ingat orang yang tersayang.
#KehadiranJSPTDirasai
Kredit: JSPT PDRM