Bayan Lepas, 13 Disember 2023
Unit Operasi JPJ Pulau Pinang telah berjaya menangkap seorang pemandu E Hailing yang melanggan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas malam tadi. Pemandu juga telah mengenakan bayaran tertentu ke lokasi di Georgetown tanpa menggunakan aplikasi e hailing.
Pemandu akan didakwa di bawah Seksyen 205 APAD 2010 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 50,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
JPJ Pulau Pinang akan terus mengesan aktiviti E Hailing seperti ini sepanjang masa bagi menjamin Keselamatan pengguna kenderaan awam.