Like this:

Gergasi Hijau Akur Akhirnya

Seperti dijangka syarikat gergasi ehailing "hijau terlebih tua HTT" bakal melaksanakan sistem bid sedikit waktu lagi..

Mereka menyedari bahawa sistem bid adalah merupakan kaedah pemasaran ehailing paling berjaya dan satu kitaran ehailing masa depan.

Sistem ehailing bid ini sebenarnya bermula apabila sebuah applikasi dari luar negara "hijau terlebih muda HTM" membawa masuk ke negara ini.

Hanya dalam waktu yang singkat sistem bid terus menjadi pilihan pengguna malahan saya percaya amat ramai pengguna HTT telah beralih ke HTM.

Sementara itu dari pantauan saya sudah 5 syarikat ehailing turut menggunakan kaedah bid sebagai satu cara operasi mereka.

Saya terus konsisten untuk menjamin kedua-dua pihak iaitu pemandu dan pengguna mendapat manfaat dalam sistem bid ini kerajaan perlu mewujudkan tambang lantai dan juga tambang siling.

Semoga YB Anthony Loke Siew Fook yang masih segar dengan kenyataan iaitu jika wujud tambang lantai maka tambang ehailing akan naik segera berubah pandangan kepada kaedah tambang lantai dan tambang siling adalah langkah terbaik untuk keadilan di dalam ekosistem ehailing itu sendiri.

Terima kasih

Rizal Adam
Ehailing.fm

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading