Like this:

Tahanan Lolos Dari Lokap Berpusat Kepayan, Sabah.

Seorang tahanan telah berjaya meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, di sini, tengah hari tadi.

Tahanan yang bernama Nazri Hassan, 33, dipercayai telah berjaya melarikan diri ketika diiring oleh anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat, kira-kira 12.30 tengah hari dipercayai dengan cara memanjat pintu jeriji lokap mengikut tingkap di ruang senaman lalu keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.

Petugas lokap telah cuba mengejar namun gagal apabila tahanan dikesan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran. Untuk makluman awam, suspek berpakaian lokap berwarna ungu ketika melarikan diri.

Suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember ini atas kesalahan mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan. Gerakan sedang dibuat untuk mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup dan semua elemen.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan tahanan terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Tahanan Lolos

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading