Semalam saya sempat mendengar pandangan seorang Dato yang berpengaruh dalam industri pengangkutan awam di negara kita..
Saya tanyakan pandangan beliau berkenaan dengan kegagalan pihak kerajaan mengawal kadar tambang ehailing ketika ini.
Langkah paling berkesan menurut Dato X ialah kerajaan perlu mewajibkan tambang ehailing adalah mengikut kadar tambang teksi..
Sebelum itu semua kereta ehailing mesti diwajibkan memasang meter teksi pada kenderaan masing-masing.
Seterusnya kerajaan batalkan paparan tambang di applikasi ehailing atau hanya memaparkan anggaran tambang sahaja sebagai panduan kepada pengguna.
Dengan cara ini perang harga dapat dielakkan dan dapat menjamin pendapatan para pemandu ehailing terbela.
Selain itu Dato X juga menyarankan harga bonet, tambahan penumpang, kadar tambang tengahmalam sepertimana teksi juga wajar dipraktikkan ke atas kereta persendirian ehailing.
_________________
Lesen PSV RM100 : www.wasap.my/601116861593/lesen+psv
Beli dashcam harga murah sekarang