Like this:

Kerja Gila Buang Brek Belakang

Ini semua kerja gila. Kerja ubahsuai motorsikal dengan cara membuang brek belakang motosikal seolah-olah tidak sayangkan nyawa sendiri.

Brek motosikal dicipta untuk memperlahan atau memberhentikan kenderaan. Komponen ini amat penting dalam menjamin keselamatan penunggang motosikal.

Ramai penunggang motosikal lain yang mahu menaik taraf brek mereka menggunakan model terkini dan jenama terkenal supaya memperoleh kuasa membrek yang cukup kuat.

Teramat pelik bila ada mat rempit dalam kalangan remaja pula sengaja menanggalkan brek belakang motosikal seperti basikal lajak yang ditanggalkan brek depan dan belakang.

Kononnya dengan menanggalkan brek itu, kuasa pecutan motosikal akan menjadi lebih laju ketika berlumba dan jika berlaku kecemasan, cukup sekadar menarik brek hadapan sahaja.

Mereka berlumba bukan di litar, sebaliknya di atas jalan raya bersama pengguna lain. Andai kata tidak sempat membrek, kenderaan lain pula dirempuh.

Lebih malang apabila insan lain yang tidak bersalah menjadi mangsa korban mat rempit yang sengaja tempah maut di atas jalan.

Buang Brek Belakang

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading