Minda Sampah.
Terdapat sebanyak 3.06 tan sampah telah dikutip oleh petugas Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 malam tadi.
Operasi mengutip sampah ini yang meliputi tiga kawasan tumpuan awam iaitu di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan di pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) itu dijalankan bermula pada pukul 10 malam dan selesai sekitar pukul 8 pagi.
Berdasarkan maklumat dari Alam Flora, kutipan sampah di Bukit Bintang adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1.98 tan manakala di Dataran Merdeka dan pekarangan KLCC pula, masing-masing mencatatkan kutipan sebanyak 0.19 tan dan 0.29 tan sampah.